Asas Microsoft Office - Excel

13 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ulangkaji bagi aplikasi Microsoft Office iaitu menggunakan Excel. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang memerlukan mereka untuk membuat jadual kelas dan jadual belajar. Peserta diminta menggunakan Excel bagi menyiap jadual dengan menggunakan beberapa butang yang pernah dipelajari sebelum ini. Antaranya adalah penggunaan butang font, saiz font, border, bold, italic, warna font, alignment dan sebagainya.

Setelahnya, peserta diuji dengan cara penggunaan butang merge & center serta melaraskan table mengikut saiz yang dikehendaki. Akhir sekali, peserta diminta untuk menyimpan tugasan karangan mereka ke dalam fail atau folder yang mereka buat sendiri di Desktop serta mencetaknya menggunakan pencetak. Sepanjang kelas berlangsung, peserta memberikan maklumbalas yang baik walaupun memerlukan sedikit tunjuk ajar daripada pelatih. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang dan tamat pada jam 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali